Dunia
Advertisements

Selangor FA dipaksa untuk membayar pampasan kepada pihak penganjur Piala Meizhou Hakka sebanyak RM 300,000, akibat menarik diri pada saat akhir pertandingan.

Pertandingan itu dijadualkan berlangsung pada semalam sehingga selasa minggu hadapan.

Menurut kenyataan rasmi Selangor FA sebelum ini, keputusan menarik diri daripada pertandingan itu telah diambil selepas mengambil kira khidmat nasihat daripada beberapa sumber.

Advertisements

“Wabak koronavirus merupakan punca utama mengapa keputusan berat ini perlu diambil untuk memastikan keselamatan pemain pegawai pasukan untuk mengelakkan ianya merebak kepada ahli keluarga mereka di Malaysia.”

“Pihak Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan iaitu Meizhou Hakka FC dan akan cuba untuk menyelesaikan hal ini semampu kami,” ujar kenyataan tersebut sebelum ini.

Hakka Selangor Dipaksa Bayar Kerugian Penganjur Sebanyak RM 300,000
Selangor FA terpaksa menarik diri ekoran wabak penyakit Koronavirus

Mengenai jumlah pampasan RM300,000 yang perlu dibayar oleh Selangor sebagai pampasan, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidum berkata ianya adalah kebajikan pemain dan pegawai yang harus menjadi keutamaan.

Advertisements

“RM300,000 mungkin jumlah yang telah mereka telah belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Kesan memang agak besar terhadap kewangan kami tetapi kebajikan pemain paling utama,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.

“Perkara ini berlaku pada saat-saat akhir. Penyakit ini baru muncul, sebelum ini hanya wabak Influenza, sebab itu kami terpaksa buat keputusan drastik,” tambah Dr. Johan.

Meizhou merupakan bandar bagi kejohanan yang akan diadakan itu terletak kira-kira 100 kilometer dari Wuhan. Dua lagi pasukan jemputan iaitu Sangju Sangmu dari Korea Selatan dan kelab dari Thailand, Chonburi FC, tetap meneruskan penyertaan dalam kejohanan itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram