Selangor Diperkuat ‘DNA’ AMD
Liga Super
Stadium Astro
Advertisements

Selepas musim ini, ‘DNA’ Jerman akan digantikan dengan ‘DNA’ AMD untuk pasukan Selangor.

Ini susulan perlantikan bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking sebagai Pengarah Teknikal Selangor yang baru.

Beliau akan mula bertugas pada 1 Januari tahun hadapan. Bekking merupakan pengganti Michael Fechtenbeiner yang disingkirkan susulan prestasi merudum Merah Kuning musim ini.

Advertisements

Selain AMD, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Akademi FC Twente dan Pengarah Sukan Go Ahead Eagles di Belanda.

Mengulas tentang perlantikannya, beliau berkata, “Selangor FC sudah berjaya mengenal pasti dan merekrut ramai bakat muda sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia tidak berhenti di sini.

“Dengan kemasukan prospek pemain-pemain muda berbakat ini, ia satu keperluan untuk menyediakan laluan pembangunan belia yang betul bermula dari B-18 hingga ke pasukan utama.

Advertisements

“Saya bersedia untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme pemain-pemain muda ini bersama-sama jurulatih dan kakitangan di Selangor FC.”

Bekking dijangka bertanggungjawab untuk aspek teknikal pasukan pembangunan termasuk Selangor B-23, Selangor B-20, Selangor B-18 dan pasukan bola sepak Sekolah Sukan Negeri Selangor.

Selain itu, beliau juga perlu membangunkan falsafah bola sepak kelab, mengukuhkan jabatan sains sukan, menyelia pendidikan jurulatih dan memberi tumpuan kepada pengambilan dan pembangunan bakat muda.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram