Selangor Lebarkan Jalinan Kerjasama Dengan ATF Sport Taping
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Di sebalik kerjasama dengan rakan penaja baru, Selangor tak pernah melupakan rakan penaja lama. Buktinya, jalinan kerjasama antara Gergasi Merah dengan ATF Sport Taping diteruskan buat tahun kelima berturut-turut.

Pengumuman kerjasama Selangor-ATF Sport Taping ini dibuat menerusi laman media sosial Selangor dan syarikat itu baru-baru ini.

Dengan termeterainya kerjasama ini, Selangor menjadi rakan kongsi ATF Sport Taping paling lama dalam kancah bola sepak tanah air.

Advertisements

Menerusi kerjasama ini, pemain-pemain Merah Kuning bukan saja boleh menggunakan pita sukan berkualiti yang dihasilkan syarikat itu. Malah, maklum balas mereka dapat membantu ATF Sport Taping menambahbaik mutu produk yang dihasilkan untuk penggiat sukan aktif.

Selangor bukan satu-satunya pasukan yang menjalin kerjasama dengan ATF Sport Taping untuk musim 2023. Seminggu lepas, Kedah turut mengikut jejak langkah Gergasi Merah dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram