Advertising
Selangor Lepaskan Htet Aung Ke Seteru Liga Super
Transfer
MakanBola
Selangor FC

Pasukan Liga Super, Selangor FC telah melepaskan pemain import pasukan, Hein Htet Aung ke seteru Liga Super.

Pemain kelahiran Myanmar itu menyertai The Red Giants kira-kira dua musim lalu namun gagal menyesuaikan diri dengan baik.

Beliau telah dipinjamkan ke pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC dan menjadi watak penting bersama skuad Jang.

Ad

Menerusi satu pengumuman oleh Selangor FC, pemain berusia 22 tahun itu bakal dipinjamkan sekali lagi kepada pasukan yang sama bagi musim baharu.

Ad

“Penyerang muda, Hein Htet Aung secara rasmi dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC bagi musim 2024/2025. Selamat maju jaya, Husin!”

Skuad kendalian Nidzam Jamil juga telah membawa masuk beberapa watak import baharu selepas Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Umar Eshmurodov dengan mengekalkan beberapa pemain import sedia ada.

Ad

Sebagai rekod, Htet Aung sudah beraksi hampir 511 minit bersama Negeri Sembilan musim lalu selain menyumbangkan satu gol dan satu bantuan gol.