Liga Super

Selangor Pegang Takhta Teratas Carta Liga Super

Selangor 1 Selangor Pegang Takhta Teratas Carta Liga Super
Selangor FC

Selangor FC kini mengambil alih kedudukan teratas carta Liga Super 2026/2027 selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sabah FC dalam aksi di Stadium Likas pada Sabtu.

Advertisement

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mengumpul 21 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan dengan rekod kemenangan bersih tanpa sebarang keputusan seri atau kekalahan.

The Red Giants kini mendahului carta Liga Super dengan kelebihan tiga mata mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di tangga kedua dengan 18 mata daripada enam perlawanan.

Bagaimanapun, JDT masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan mencatatkan rekod perbezaan jaringan lebih baik iaitu +28 berbanding Selangor dengan +15.

Sementara itu, DPMM FC kekal di kedudukan ketiga dengan 18 mata selepas mengharungi lapan perlawanan yang menyaksikan mereka mencatat enam kemenangan dan dua kekalahan.

Di sebalik perubahan kedudukan tiga pasukan teratas, Kuching City FC terus menghuni tangga keempat dengan 15 mata, manakala Sabah dan Melaka FC masing-masing mengumpul 10 mata di kedudukan kelima serta keenam.

Dalam satu lagi aksi pada Sabtu, Terengganu FC turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC hasil jaringan lewat Jordan Mintah dan Romel Morales di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Keputusan itu menyaksikan Terengganu naik ke tangga ketujuh dengan lapan mata, manakala Negeri Sembilan kekal di kedudukan ke-11 dengan lima mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Selangor kini berpeluang mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga buat sementara waktu, namun JDT masih berpeluang merampas kembali takhta sekiranya berjaya memanfaatkan perlawanan yang belum diharungi.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...