Liga Super

Liga Super: Gol Lewat Terengganu Hampakan Negeri Sembilan

Luqman Azam Terengganu Negeri Sembilan FC Liga Super: Gol Lewat Terengganu Hampakan Negeri Sembilan
Negeri Sembilan FC

Gol lewat Jordan Mintah dan Romel Morales memastikan Terengganu FC menewaskan Negeri Sembilan FC dalam aksi terbaru Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.

Advertisement

Aksi ini cukup penting buat kedua-dua pasukan selepas masing-masing tewas dalam aksi Liga Super sebelumnya. Negeri Sembilan kecundang di tangan Kuching City FC dengan Terengganu pula dikecewakan DPMM.

Aboubakar Kamara, Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal menjadi sandaran gol jurulatih Sang Rusa, Daniel Gimenez. Morales pula memikul amanah mengetuai serangan Sang Penyu.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol awal. Malangnya, penyudah tumpul menggagalkan usaha Negeri Sembilan dan Terengganu mendapatkan gol.

Peluang terbaik Negeri Sembilan hadir menerusi Luqman pada minit akhir babak pertama. Bekas penyerang KV Kortrijk itu kecewa apabila percubaannya sekadar singgah di tepi gol.

Bersambung selepas rehat, penyokong Sang Rusa ceria apabila tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-51. Keputusan itu diberi kerana Luqman dijatuhkan Azam Azmi Murad dalam kotak penalti.

Penalti itu mudah disempurnakan Wan Kuzri yang menewaskan penjaga gol pelawat, Syed Nasrulhaq Syed Bidin. Tatkala Negeri Sembilan sedia meraikan kemenangan, Mintah mengecewakan tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-85.

Morales kemudiannya muncul wira Terengganu dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-92. Walaupun beliau dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua, keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini, Negeri Sembilan akan bertandang ke Kota Bharu untuk aksi menentang Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC) pada 4 Disember ini. Terengganu pula berehat tidak memiliki sebarang aksi dalam minggu perlawanan ke-10 liga.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...