Malaysia terlepas peluang bergelar juara Sultan Azlan Shah Cup (SASC) buat kali kedua apabila tewas kepada pasukan gergasi hoki dunia, Australia di pentas final.
Malaysia yang dibimbing Brendan Carolan bukan saja berharap dapat mengulangi kejayaan bergelar juara pada edisi 2022. Malah, aksi ini juga dilihat peluang buat The Speedy Tigers membalas dendam selepas tewas 8-3 kepada Australia di pentas final edisi 2014.
Aksi final kali ini turut mendapat sambutan hangat daripada peminat hoki negara. SNE Sports melaporkan setiap ruang di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dipenuhi dengan penyokong.
Hal ini berlaku kerana ini kali pertama skuad negara beraksi di final sejak edisi 2022. Dua edisi sebelumnya menyaksikan Malaysia beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
Penyerang kebangsaan, Faizal Saari menceriakan peminat negara dengan meledakkan gol pendahuluan seawal minit kesembilan. Keceriaan kem negara hanya bertahan selama 10 minit.
Duncan Jackson menyempurnakan pukulan penalti untuk gol penyamaan buat pasukan yang diberi jolokan The Kookaburras itu. Jackson kemudiannya meletakkan Australia di hadapan pada minit ke-27.
Bersambung selepas rehat, Craig Marais meledakkan gol ketiga The Kookaburras pada minit ke-40. Malaysia cuba bangkit mengurangkan defisit gol tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan ini menyaksikan Australia muncul juara SASC buat kali ke-11. Meskipun tewas, persembahan anak buah Carolan sepanjang saingan SASC dilihat pembakar semangat bagi menghadapi tahun 2027.


