Selangor Sedia Cipta Kejutan Di SSI 
Dunia
selangor fc
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan pertemuan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi Liga super 2022. 

Ketua Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner akui pemainnya kini dalam prestasi terbaik selepas membenam Sarawak United dengan jaringan besar (7-0) tempoh hari di Stadium MBPJ. 

“Pemain ketika ini bermain cukup cemerlang malah mampu menghasilkan jumlah gol yang banyak pada pertemuan menentang Sarawak United baru-baru ini.

Advertisements

Pengendali kelahiran Jerman itu berharap agar anak buahnya dapat meneruskan rentak cemerlang mereka pada perlawanan malam ini untuk membawa pulang tiga mata berharga. 

“Kita akan berikan yang terbaik dan berharap dapat terus mengekalkan corak permainan konsisten ketika bertemu JDT malam esok,” kata Michael Feichtenbeiner dipetik daripada Harian Metro.

Harimau Selatan pastinya mahu menggunakan peluang sebaik mungkin bermain di halaman sendiri untuk menewaskan Selangor sekaligus melonjak ke tangga teratas Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram