Ads
Selangor Terima Khabar Gembira
Piala FA
MFL

Finalis Piala FA, Selangor FC menerima khabar gembira menjelang aksi berdepan JDT esok.

Advertisements

Skuad kendalian Nidzam Jamil dalam momentum terbaik selepas menundukkan Terengganu pada aksi separuh akhir Piala FA.

Advertisements

Anak didik Hector Bidoglio pula cemerlang menewaskan Kedah Darul Aman sekaligus menjadikan aksi final sebagai tumpuan.

Advertisements
Advertisements

Persiapan kedua-dua pasukan berjalan lancar namun The Red Giants menerima tonik tambahan di Bukit Jalil.

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim difahamkan berada dalam keadaan terbaik dengan Nidzam Jamil mengesahkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu boleh diturunkan.

Advertisements

“Faisal Halim boleh main esok?” soal Nidzam kepada kapten pasukan, Safuwan Baharudin.

“Boleh,” jawab Safuwan.

Beliau juga menambah bahawa Faisal sedia diturunkan selepas mendengar jawapan kapten Gergasi Merah.

“Pembantu saya kata boleh,” jelasnya.

Nidzam juga memberitahu bahawa anak buahnya akan cuba sehabis baik untuk meraih kejayaan selepas 8 tahun tidak ke final Piala FA.

“Kita ada impian, cita-cita dan harapan. Esok hari yang baik buat penyokong Selangor. Perlawanan ini bukan untuk saya tetapi pemain dan juga penyokong.

Advertisements

Aksi JDT dan Selangor bakal berlangsung 24 Ogos 2024 di Bukit Jalil jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram