Selangor Tinggal Selangkah Sambar Tiga Bintang Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC kini berada pada landasan yang cukup baik untuk memperkuatkan pasukan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk tiga muka baharu yang mewakili Harimau Malaya.

Kemasukan jurulatih berpengalaman tempatan, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak segera terhadap persembahan pasukan apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini.

The Red Giants cemerlang membenam cabaran Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir dengan agregat 4-2.

Advertisements

Kejayaan melangkah ke peringkat separuh akhir ini turut diserikan dengan perkhabaran bahawa mereka kini sedang mempersiapkan pasukan bagi musim hadapan.

Setelah pelbagai khabar angin bertiup kencang, terdapat tiga orang pemain yang kini hanya selangkah untuk menyertai gergasi bola sepak Malaysia ini.

 Antara pemain yang dimaksudkan ialah bintang Terengganu FC, Faisal Halim yang dilaporkan bakal memperkuatkan Selangor selain beberapa isu yang melanda kem beliau dengan pihak pengurusan kelab menguatkan lagi perpindahan ini.

Advertisements

Seterusnya, pertahanan kental Negeri Sembilan, Ahmad Khuzaimi Piee turut difahamkan berada dalam radar Selangor selepas beliau disahkan tidak lagi bersama Negeri Sembilan musim hadapan.

Pemain ketiga yang dilaporkan bakal berhijrah ke Selangor ialah pemain muda PJ City FC, Ruventhiran yang secara rasminya disahkan akan menyertai Selangor.

Selangor kini serius mahu memantapkan pasukan bagi merealisasikan misi besar untuk beraksi di Asia musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram