Selangor Ucap Selamat Tinggal Kepada Wak Mi
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Di laman rasmi media sosial Selangor FC hari ini, pasukan gergasi merah kuning telah membuat satu hantaran berbentuk apresiasi dan ucapan selamat tinggal kepada pemain pertahanan kanan kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari.

Syahmi meninggalkan Selangor FC setelah kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan Selangor FC dan Syahmi Safari sendiri telah mempersetujui untuk menamatkan kontrak pemain kelahiran Kuala Selangor itu.

Keputusan dibuat berdasarkan pembayaran pampasan dimana Selangor FC melihat perkara ini juga boleh membantu bagi membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak khususnya di Negeri Selangor.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun ini bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kemanakah destinasi seterusnya untuk musim hadapan. Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengaitkan Syahmi ke JDT atau ke kelab luar negara.

Dalam pada itu, Selangor FC turut menjelaskan bahawa kelab itu hanya bersetuju untuk melakukan penamatan kontrak pemain apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan Syahmi.

Disini kita melihat bahawa Quentin Cheng merupakan prospek ter baik untuk menggalas posisi Syahmi. Quentin yang sebelum ini telah sah diumumkan sebagai barisan pemain Selangor FC pastinya bakal memperagakan aksi yang lebih cemerlang dan meyakinkan bersama Merah Kuning.

Advertisements

Syahmi mula menabur bakti bersama Selangor FC sebagai pemain Piala Presiden pada tahun 2016. Pada tahun 2017, Syahmi berjaya diserap masuk ke dalam skuad utama Selangor FC. 6 tahun khidmat Syahmi bersama Selangor FC pastinya akan terus dikenang.

Selamat maju jaya, Syahmi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram