Selangor vs Kelantan: “Tangkap Bang!” Pergaduhan Berlaku Di Luar Stadium?
Liga Super
Tiktok: EmmyHazrul
Advertisements

Keadaan sedikit kecoh di luar Stadium MBPJ selepas dikhabarkan telah berlaku kekecohan di antara penyokong Selangor FC dan Kelantan FC. Di dalam video tersebut, terlihat beberapa anggota polis sedang mengejar individu yang terlibat.

Berdasarkan apa yang dilihat kepada video tersebut, kumpulan penyokong yang melakukan kekecohan itu sememangnya agak ramai dan mereka sedang berlari sambil dikejar oleh pihak polis.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok, EmmyHazrul yang juga merupakan seorang penyokong Selangor.

Advertisements

Tinjauan yang dibuat di ruangan komen, difahamkan kekecohan tersebut berlaku selepas sebuah van dikatakan cuba melanggar penyokong. Van tersebut difahamkan telah berjaya ditahan oleh pihak polis selepas adanya kejadian kejar mengejar.

Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, Selangor berjaya menjinakkan Kelantan dengan kemenangan selesa 3-0 hasil dua jaringan Rauf Salifu dan satu gol Ayron Del Valle.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram