Selepas 5 Bulan Digantung, Facundo Garcés Akui Rindu Keluarga Bola Sepak
MakanBola
Malaysia NT

Selepas digantung selama lima bulan, Facundo Garcés mengakui merindui keluarga besar dunia bola sepak.

Perasaan rindu itu disuarakan oleh Facundo Garcés menerusi satu komen yang dimuat naik di laman Instagram kelabnya, Deportivo Alavés, selepas FAM berkongsi kenyataan terkini berkaitan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan kembalinya beliau ke dalam pasukan tersebut.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, termasuk Facundo Garces, untuk kembali menyertai aktiviti bola sepak.

Keputusan CAS itu membawa maksud penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas ketujuh-tujuh pemain berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu sementara kes tersebut masih dalam proses perbicaraan.

Perkembangan ini nyata membuka ruang buat Garces serta enam pemain warisan lain untuk meneruskan karier profesional mereka, sama ada di peringkat kelab mahupun kebangsaan, selepas terpaksa menjalani penggantungan selama lima bulan sejak September tahun lalu.

“Betapa saya merindui keluarga saya!”, kata Facundo Garces.

Copy of Template MB Full 20260128 033515 0000 Selepas 5 Bulan Digantung, Facundo Garcés Akui Rindu Keluarga Bola Sepak
Instagram Deportivo Alaves

Masa depan Facundo Garcés akhirnya terjawab apabila kelab terakhirnya, Deportivo Alavés, difahamkan telah mengumumkan kepulangannya semula pada hari Selasa.