Selepas 8 Tahun Gagal, Thailand Turun Untuk Menang
Dunia
Changsuek
Advertisements

Aksi pertama buat kem Kim Pan-gon di kejohanan King’s Cup bakal berlangsung di Stadium Chiang Mai hari ini. Malaysia bakal berentap bertemu Thailand sebelum melayakkan diri ke pentas akhir King’s Cup edisi kali ini.

Sebuah akaun pemerhati bola sepak tempatan di Twitter, KejarBola dalam satu ciapan merungkai antara sebab terbesar pasukan Thailand menjemput Malaysia untuk menyertai kejohanan King’s Cup 2022 ini.

Untuk rekod, sejak Disember 2014, pasukan Thailand tidak pernah menang ketika berdepan skuad negara. Kegagalan pasukan Thailand itu bermula sejak era Dollah Salleh pada 2014 di pentas AFF Suzuki dimana Malaysia berjaya menundukkan Thailand dengan keputusan 3-2. 

Advertisements

Ketika Harimau Malaya dibimbing Tan Cheng Hoe, terdapat empat pertemuan yang melibatkan kedua-dua negara ini. Bagaimanapun Malaysia kekal kebal, mencatat dua keputusan seri pada 2018 dan dua kemenangan berdepan Thailand pada 2019 dan 2021. 

Kini Thailand kembali pada tahun 2022 dalam usaha untuk meraih kemenangan pertama sejak 2014. Aksi malam ini semestinya bakal menjadi medan pertempuran yang sengit buat kedua pasukan mempamerkan kekuatan sebenar. Perlawanan akan bermula pada jam 9.30 malam. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram