Selepas Berlakon, Faisal Halim Kini Jadi Penghantar Makanan
Dunia
Terengganu FC & Dato’ Syed
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim kembali mencuri tumpuan apabila kelibatnya dikesan menjadi penghantar makan grab.

Populariti bintang kelahiran Pulau Pinang ini mencanak naik apabila beliau menjadi tunjang utama buat kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Beliau juga kini sudah pun menceburi ke industri seni apabila tampil dalam sebuha rancangan televisyen terkenal iaitu Sepahtu Reunion.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini juga dekat dengan para peminatnya apabila laris melakukan jualan di akaun Tiktok rasminya dan memiliki produk tersendiri ketika ini.

Namun begitu, dalam satu hantaran di Tiktok, Faisal dilihat sedang ‘bertugas’ sebagai seorang penghantar makanan.

Beliau datang dengan memakai pakaian lengkap grab bertanya sekiranya ada pesanan pizza dilakukan oleh mereka yang setia menunggu di situ.

Advertisements

Walau bagaimanapun, gelagat ini hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakannya yang menganggap Faisal sebagai penyeri hari mereka.

 Kecemerlangan bekas bintang Sri Pahang ini menyaksikan mereka kini melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dan akan berdepan Selangor bagi melayakkan diri ke pentas akhir sekali lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram