Selepas Klinik Bola Sepak Amal, Azraai Khor Pertaruhkan Pekasam Untuk Jana Pendapatan
Dunia
Sobri Abd Aziz
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah kini sedang mengembangkan kerjayanya dalam bidang perniagaan. Bekas pengendali zaman kegemilangan Double Treble Kedah FA itu menjelaskan bahawa beliau kini memiliki bisnes pekasam yang dijual di serata Malaysia.

Ketika ditanya Astro Arena, Azraai menjelaskan bahawa beliau masih lagi aktif dalam bidang kejurulatihan. Cumanya beliau lebih memfokuskan kepada pembangunan di peringkat akar umbi. Banyak klinik-klinik bola sepak amal yang dikendalikannya.

“Masih lagi aktif sebenarnya, saya masih lagi buat klinik coaching berbentuk amal. Bagi saya its a favourite time. Saya telah dapat segala-galanya sebagai seorang pemain dan jurulatih.”

Advertisements

“Jadi dengan pencapaian saya, saya buat keputusan walaupun tak bawa pasukan dalam Liga M, saya masih lagi boleh sumbang sesuatu terutamanya di peringkat akar umbi.”

Azraai turut menambah bahawa beliau kini juga sedang mengusahakan bisnes pekasam jenamanya sendiri. Ini adalah sebagai langkah beliau untuk mendapat pendapatan tambahan.

Advertisements

“Sebenarnya banyak kali dah saya buat, dan pada tahun 2019 pernah beli di pasaran. Jadi ilhamnya disitu, sebab itulah wujudnya pekasam daging Azraai dalam pasaran.”

“Setakat ini, alhamdulillah sambutan sangat hangat. Pekasam saya ni dah ada di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Dan ada orang Kedah yang dah bawa ke London, jadi dalam jangka masa sebulan, pekasam ni dah sampai ke London,” ujar Azraai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram