Eropah
Advertisements

Ketika ini, Raphael Varane sudah disahkan bakal menyertai Manchester United dan akan diperkenalkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Selepas berjaya menanda tangani pemain sayap kanan, Jadon Sancho dan pemain pertahanan tengah, Raphael Varane, Manchester United dikhabarkan bakal beralih kepada pemain tengah pula.

Ketika awal musim perpindahan dibuka, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan ingin membawa masuk seorang pemain pertahanan, seorang pemain tengah dan seorang pemain di bahagian serangan. Dengan 2 daripadanya sudah selesai, tumpuan United kini ialah pemain tengah.

Baca juga: Pogba Namakan Dua Pemain Lawan Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi

Advertisements

Namun Manchester United hanya mempunyai bajet £150m untuk membeli pemain. Ketika ini United sudah membelanjakan kira-kira £116m untuk 2 pemain. Melihat baki yang tinggal, Manchester United mungkin melepaskan beberapa pemain jika ingin membawa masuk pemain tengah baru.

Berikut merupakan calon pemain tengah yang diberitakan akan dibawa ke Old Trafford:

Leon Goretzka

Advertisements
New Project 2 Selepas Varane, Manchester United Ingin Bawa Masuk Pemain Tengah Ganti Pogba?

Pemain tengah berusia 26 tahun ini mempunyai baki kontrak 1 tahun lagi bersama Bayern Munich. Sekiranya Goretzka tidak memperbaharui kontraknya, kemungkinan besar Manchester United dapat membawa masuk secara percuma. Dilaporkan harga perpindahannya sekitar £25m untuk musim ini kerana Bayern tidak ingin melepaskan bintang itu secara percuma pada musim depan.

Goretzka mempunyai kelebihan dalam lompatan tinggi dan fizikal yang kuat, menjadikan beliau pemain tengah yang serba boleh. Goretzka boleh bermain sebagai pemain tengah atau pemain tengah bertahan.

Saul Niguez

Advertisements

Pemain tengah Atletico Madrid ini juga menjadi buruan Barcelona dengan tawaran penukaran pemain melibatkan kepulangan Antoine Griezmann ke Atletico. Namun masalah kewangan Barcelona ketika ini memberikan peluang untuk United mendapatkan Saul.

Saul juga mampu bermain sebagai pemain tengah dan pemain tengah bertahan, menjadikan pemain berusia 26 tahun ini sesuai di bawah corak permainan Diego Simoene. Kebolehan Saul dalam menyerang merupakan nilai tambah buat pasukannya.

Eduardo Camavinga

Advertisements

Siapa tidak kenal dengan wonderkid Perancis ini, baru berusia 18 tahun, Camavinga dikenali di Ligue 1 dengan kebolehannya mengawal jentera tengah pasukannya. Lebih kepada pemain tengah bertahan, Camavinga mungkin boleh didapati sekitar £25m kerana beliau sudah memasuki kontrak akhir tahun bersama pasukan Rennes walaupun nilai Camavinga jauh lebih tinggi daripada itu.

Ruben Neves

Tempoh hari United dikhabarkan telah menghubungi Ruben Neves dan bersedia bersaing dengan Arsenal dalam mendapatkan pemain itu. Wolves dilaporkan sedia menjual pemain tengah bertahan kelahiran Portugal itu sekitar harga £35m.

Musim lalu, Ruben Neves telah menjaringkan 5 gol dalam 40 penampilan liga dan beliau terkenal dengan kebolehan menjaringkan gol dari kawasan luar kotak penalti.

Declan Rice

Pemain utama West Ham United ini telah menarik minat kelab-kelab besar seperti Chelsea, Manchester United dan Manchester City. Baru berusia 22 tahun, pemain ini bagaimanapun mempunyai tag harga yang mahal disebabkan status beliau sebagai English player.

West Ham dilaporkan menginginkan £100m untuk pemain tengah bertahan ini. Declan Rice yang sudah terbukti mampu beraksi di pentas Premier League musim lalu menyebabkan West Ham meletakkan harga yang tinggi.

Houssem Aouar

Pemain Lyon yang merupakan pemain kelahiran Perancis ini menjadi buruan Arsenal dan Liverpool ketika ini namun Manchester United juga turut mengintai pemain ini. Sekiranya Paul Pogba berpindah keluar, Ole dilaporkan ingin membawa masuk Aouar kerana gaya permainan yang sama dengan Pogba.

6 pemain tengah tersebut berada dalam radar Manchester United untuk memperkuatkan barisan tengah mereka. Dengan masa depan Pogba yang masih samar, prestasi tidak menentu Fred dan Matic yang semakin berusia, United jelas memerlukan pemain tengah yang baharu untuk mencabar kejuaraan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram