Gigih Jalani Pemulihan, Semangat Brendan Gan Layak Dijadikan Contoh
Blog
Instagram Khairulanwar Md Isa
Advertisements

Pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan seperti yang diketahui menghidap kanser testis sekaligus menyebabkan beliau berehat panjang dari aksi bola sepak.

Walaupun diuji dengan dugaan yang berat, namun Brendan tetap optimis dan positif bahawa beliau akan terus mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Brendan, 33 merupakan pemain kacukan Australia-Malaysia dan beliau juga menjadi salah seorang tonggak penting bagi Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

Baru-baru ini, Brendan Gan dilihat sudah mula menjalani latihan ringan dengan berimej botak. Video yang dimuat naik di laman instagram oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor FC, Khairulanwar Md Isa ternyata menampakkan kegigihan pemain itu untuk menjalani pemulihan.

Untuk rekod, Brendan Gan sempat bermain 11 perlawanan untuk pasukan Selangor FC musim ini dan menghasilkan 4 bantuan gol. Perlawanan terakhir beliau adalah pada 15 Jun yang lepas ketika Harimau Malaya menewaskan Thailand 1-0 dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Brendan Gan adalah individu yang pernah bertarung dengan masalah kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali dalam kariernya. Kecederaan ACL pertamanya ialah pada 2015 ketika mewakili Kelantan dan kecederaan ACL kedua yang ditanggung Brendan adalah ketika menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada tahun 2016. Lebih memeritkan lagi, segala tanggungan proses pemulihan beliau ketika itu menggunakan duit poket sendiri.

Advertisements

Jatuh dan terus jatuh itu adalah putus asa tetapi tidak bagi Brendan Gan, beliau jatuh dan mahu terus bangkit sesegera mungkin. Semangat juang tinggi yang dimiliki Brendan Gan layak dicontohi oleh kita semua agar tidak mudah berputus asa walaupun berdepan dengan dugaan yang berat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram