Semangat Orang Vietnam Penuhi Stadium Wajar Dicontohi
Asia
Ha Luc
Advertisements

Para penyokong Vietnam meraih perhatian selepas mereka dilihat berpusu-pusu untuk memenuhi perkarangan stadium untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan negara lain.

Menurut beberapa sumber, para penyokong Vietnam bersemangat untuk datang dan menonton perlawanan yang berlangsung di negara mereka itu.

Hal ini secara tidak langsung mencerminkan rasa cinta dan kagum terhadap sukan bola sepak itu sendiri sehingga meraikan kesemua perlawanan yang diadakan.

Advertisements

Ini juga mencerminkan sikap perpaduan dan bersatu hati oleh para penyokong Vietnam untuk terus melihat sukan ini berkembang dengan cukup pesat.

Sungguhpun tidak memiliki stadium yang begitu besar, namun masih mampu untuk menampung kejohanan ini untuk dilangsungkan .

Malah, kepadatan penonton yang hadir juga mampu untuk meningkatkan semangat dan juga motivasi para pemain di atas padang agar tidak merasa sepi dan terus bersaing dengan lebih kompetitif.

Advertisements

Malah, dalam satu laporan mengatakan, ini juga merupakan salah satu cara perang psikologi yang dilancarkan oleh Vietnam ke atas Thailand yang dianggap sebagai seteru utama mereka.

‘Jawapannya mudah, penyokong Vietnam sentiasa menganggap Thailand sebagai seteru utama.’

‘Sebelum ini dalam kejohanan Piala AFF Suzuki kami tewas kepada Thailand. Dari dulu sehingga sekarang, itulah kebiasaannya, -ujar seorang wartawan Vietnam kepada Semuanya Bola.

Advertisements

Ketua Pasukan Thailand B-23 tahun, Cik Nualphan Lamsam yang juga dikenali sebagai Madam Pang mengakui agak teruja melihat stadium dibanjiri oleh para penyokong.

‘Saya gembira melihat peminat bola sepak Vietnam di padang dengan penuh semangat.’

‘Saya berada di sana. Saya telah berada dalam persekitaran bola sepak selama 16 tahun dan saya kagum dengan semangat ini.’

Advertisements

Bahkan, beliau juga menyukai keadaan di stadium kerana merasakan bahawa suasana itu telah menyemarakkan lagi perjuangan para pemain di atas padang.

‘Saya suka perasaan suasana ini, sangat mesra dan terima kasih atas sokongan peminat Vietnam.’

Sungguhpun tewas, Madam Pang sempat mengucapkan tahniah kepada Brad Maloney atas kejayaan pasukannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram