Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia bakal menghantar para pemain dari skuad bawah 20 Tahun untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 pada hujung Oktober ini. Skuad yang dibimbing Brad Maloney ini akan menentang pasukan Mongolia, Laos dan Thailand yang diundi bersama dalam Kumpulan J.

Pemain-pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat fasa 2 kali ini dijadualkan bakal mengharungi beberapa perlawanan persahabatan bagi meneliti pemain yang layak ke senarai akhir 23 pemain. Skuad Brad Maloney bakal melangsungkan perlawanan persahabatan menentang 3 pasukan iaitu Penang FC, Kedah Darul Aman dan satu lagi pasukan yang belum diputuskan.

brad maloney 1 "Semua Pemain Akan Dapat Peluang, Tiada Slot Khas Ke Senarai Akhir" – Brad Maloney
Gambar dari Instagram FA Malaysia

Dalam satu temubual bersama ketua jurulatih pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun, Brad Maloney berkata “panggilan ini adalah peluang untuk para pemain membuktikan apa yang mereka mampu lakukan, kesesuaian mereka untuk beradaptasi dengan corak permainan dan filosofi pasukan. Jika mereka mampu, mereka mempunyai peluang yang cerah”.

Advertisements

“Semua pemain akan mendapat peluang, tiada pemain yang dijaminkan tempat dalam senarai akhir 23 pemain. Jadi inilah peluang terakhir bagi semua pemain.” Tambahnya lagi.

Gambar dari Instagram FA Malaysia

Maloney turut mempertaruhkan 5 muka baru yang terdiri daripada Ahmad Zikri Mohd Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K. Thivandaran bagi kem latihan pusat fasa 2. Penggempur utama skuad Projek FAM-MSN, Azhad Harraz turut disenaraikan setelah mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Premier 2021 apabila berjaya menjaringkan 8 gol.

Selain itu, kudrat 4 pemain skuad Harimau Malaya iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng dan Luqman Hakim turut ditagih dalam memperkuatkan lagi pasukan. Keempat-empat pemain tersebut bakal menyertai skuad Brad Maloney setelah tugasan bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe yang akan bertemu Jordan dan Uzbekistan selesai menurut laporan Harian Metro.

Advertisements

Skuad bawah 20 Tahun Malaysia bakal berdepan ujian getir apabila menjadi taruhan utama negara dalam memikul misi melayakkan diri ke Piala Asia B-23. Hanya 23 pemain yang akan dibawa ke Ulaanbaatar, Mongolia yang dijadualkan pada 25 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram