Advertising
“Senarai 26 Pemain Malaysia Masih Boleh Diubah” – FAM
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan senarai panggilan 26 pemain ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric boleh diubah

Pada Jumaat, FAM mengumumkan senarai nama pemain-pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Pau Marti untuk membawa cabaran negara ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric.

Ad

Daripada senarai tersebut, Pau Marti Vicente mempertaruh gandingan pemain muda dan senior dengan 7 tonggak B-23 tahun dipilih antaranya, Muhammad Abu Khalil dan Pavithran Gunalan.

Ad

Malah, muka-muka baharu turut dibawa seperti bek Kuching City, Jimmy Raymond dan Harith Samsuri dari NSFC sambil Danial Amier dan Khuzaime Piee kembali dipanggil mewakili Harimau Malaya.

Pihak FAM dalam kenyataan turut menjelaskan bahawa para pemain yang dipanggil ini boleh diganti sebelum tarikh akhir sehari sebelum hari perlawanan iaitu pada 7 Disember.

Ad

“Walau bagaimanapun, senarai 26 pemain ini masih boleh diubah sebelum pendaftaran akhir pemain untuk kejohanan ini yang perlu dimuktamadkan pada 7 Disember 2024,” ujar FAM.

Ad

Hal ini bagi membantu pasukan andai berlaku kecederaan di saat akhir dan tempat itu boleh diganti dengan pemain yang berada dalam senarai 50 pemain awal sebelum ini.

Ad

“Jika terdapat perubahan dalam senarai asal kerana terdapat masalah kecederaan atau sebab-sebab lain, pemain boleh digantikan dengan mana-mana pemain lain dalam senarai pendaftaran awal 50 pemain yang didaftarkan ke AFF.”

Ujian pertama skuad kebangsaan adalah bertemu Kemboja pada 8 Disember di Phnom Penh sebelum turun melayani kunjungan Timor Leste pada 11 Disember di Bukit Jalil.

Tiga hari kemudian, skuad negara akan terbang ke Bangkok untuk aksi ketiga berdepan Thailand dan mengakhir saingan kumpulan dengan bertemu Singapura di laman sendiri pada 20 Disember.