Ads
Senarai Negara ASEAN Ke Piala Asia B-20 2025
Asia
FA Thailand/Timnas Indonesia

Indonesia dan Thailand menjadi dua wakil ASEAN yang mengesahkan kemaraan ke Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2025.

Advertisements

Kedua-dua pasukan layak ke kejohanan berprestij itu dengan cara yang berbeza. Indonesia yang dibimbing Indra Sjafri layak selaku juara Kumpulan F.

Advertisements

Manakala kelebihan jaringan besar yang dimiliki Thailand dalam Kumpulan H memastikan pasukan yang dibimbing Emerson Pereira itu selaku pasukan kedua terbaik.

Advertisements
Advertisements

Garuda Muda muncul juara Kumpulan F meskipun pasukan itu berkongsi tujuh mata dengan wakil Asia Barat, Yaman. Ini disebabkan Indonesia memintas Yaman dengan kelebihan jaringan sebanyak satu gol.

Kemenangan 4-0 yang diraih Indonesia ke atas Maldives dalam aksi pertama Kumpulan F di Stadium Madya pada 25 September lalu menjadi kunci kelayakan pasukan itu.

Advertisements

Aspek perbezaan jaringan turut memberi kelegaan kepada skuad Gajah Perang dalam Kumpulan H. Saingan kumpulan itu menyaksikan Thailand menjaringkan 18 gol dan hanya dibolosi sekali.

Meskipun berkongsi enam mata dengan Jordan (Kumpulan J), Vietnam (Kumpulan A), India (Kumpulan G) dan Kemboja (Kumpulan B), kelebihan jaringan membantu Thailand menduduki tempat keempat untuk pasukan kedua terbaik.

Indonesia dan Thailand menyertai Jordan, Syria, Uzbekistan, Korea Utara, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Iraq, Jepun, Qatar, Yaman, Kyrgyzstan, Australia dan tuan rumah China selaku pasukan yang layak.

Pencapaian ini menyamai pencapaian Piala Asia B-20 2023 di mana dua pasukan ASEAN layak. Dua pasukan tersebut ialah Indonesia dan Vietnam.

Pencapaian terbaik rantau ASEAN dalam kejohanan ini ialah kemunculan empat pasukan untuk Piala Asia B-19 2018. Empat pasukan layak iaitu Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Advertisements

Skuad muda negara terpaksa melupakan hasrat layak ke Piala Asia B-20 2025 apabila sekadar menamatkan kempen Kumpulan E di tangga keempat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram