Senarai Penuh 12 Kelab Liga A1 Semi-Pro 2026-2027
MakanBola
Johor Southern Tigers

Amateur Football League (AFL) mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro musim 2026/27.

10 pasukan musim lalu meneruskan saingan untuk musim ini. Antaranya juara bertahan, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kedah FA, Perak FA dan UM-Damansara United.

Kelantan City FC (Kelantan WTS FC), Manjung City FC, Armed Forces FC, Bunga Raya FC dan Malaysian University-UiTM melengkapkan senarai 10 pasukan berkenaan.

Dua pendatang baharu Liga A1 ialah Negeri Sembilan FC II dan naib juara Liga A2 Amateur musim lalu, USM FC. Juara Liga A2 Amateur musim lalu, AZM FC dan Perlis GSA FC memilih untuk tidak meneruskan penyertaan mereka musim ini.

AFL merancang memiliki sekurang-kurangnya 14 pasukan yang akan bersaing dalam Liga A1. Justeru, AFL sudah mula melakukan penilaian terhadap 16 pasukan termasuk tiga permohonan baru.

Empat pasukan diletakkan dalam senarai menunggu. Empat pasukan ini masih berpeluang beraksi di Liga A1 dan diberi masa sehingga 31 Julai ini untuk menyempurnakan dokumentasi pengesahan penyertaan mereka.

Dokumentasi yang telah diserahkan akan dinilai semula secara merit sebelum keputusan dibuat berhubung dua slot terakhir pasukan Liga A1.

Pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) tidak beraksi di Liga A1 selepas menjadi pasukan ke-12 Liga Super musim ini.