Senarai Penuh 14 Kelab Liga A1 Semi-Pro 2026-2027
MakanBola
Johor Southern Tigers

Amateur Football League (AFL) mengesahkan 14 pasukan yang akan bersaing dalam Liga A1 Semi-Pro musim 2026/27.

Sebelum ini, AFL telah mengumumkan senarai 12 pasukan. 10 pasukan musim lalu meneruskan saingan untuk musim ini. Antaranya juara bertahan, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kedah FA, Perak FA dan UM-Damansara United.

Kelantan City FC (Kelantan WTS FC), Manjung City FC, Armed Forces FC, Bunga Raya FC dan Malaysian University-UiTM melengkapkan senarai 10 pasukan berkenaan.

Dua pendatang baharu Liga A1 ialah Negeri Sembilan FC II dan naib juara Liga A2 Amateur musim lalu, USM FC. Setelah itu, AFL memberi tempoh sehingga 31 Julai lalu buat empat pasukan yang dalam senarai menunggu.

Tempoh tersebut diberi kepada semua empat pasukan itu untuk menyempurnakan dokumentasi pengesahan penyertaan mereka.

Dokumentasi yang telah diserahkan akan dinilai semula secara merit sebelum keputusan dibuat berhubung dua slot terakhir pasukan Liga A1.

Kini, dua pasukan mengesahkan dua slot liga akhir Liga A1 iaitu Imigresen FC II dan AAK UNISEL FC. Status kedua-dua pasukan ini disahkan AFL dalam satu kenyataan.

Pengesahan 14 pasukan ini memberi peluang kepada semua pasukan memantapkan persiapan masing-masing sebelum musim 2026/27 bermula.