Dunia
Advertisements

Seorang ayah kepada 4 orang anak menjadi pening apabila anak-anaknya membelanjakan RM2800 untuk membeli Messi dalam permainan video FIFA Ultimate Team.

messi fifa ultimate Seorang Ayah Pening Apabila Anaknya Membelanjakan RM2800 Untuk Membeli Messi
Bukan mudah untuk mendapatkan Messi di FIFA Ultimate.

Ayahnya terkejut apabila mendapati bil dari Nitendo yang hadir tertulis nilai £550 (RM2800) dimana anaknya cuba membeli beberapa pek pemain untuk mendapatkan si Lionel Messi.

Sekiranya anda bermain FIFA Ultimate Team anda akan tahu bertapa ketagihnya permainan ini untuk mendapatkan pek-pek spesial dan jika anda bernasib baik, anda akan memperoleh pemain terbaik dunia seperti Messi.

Advertisements

Ayah yang pening ini sebelum ini membantu anaknya membeli 1 pek pemain tanpa menyedari anaknya mengingati cara untuk membuat pembelian tambahan. Terima kasih buat memori kanak-kanak yang terbukti kuat.

Thomas Carter dan isterinya hanya menyedari hal ini apabila kad bank mereka ditolak beberapa kali kerana kekosongan wang. Ini bermaksud anak-anak Thomas telah menggunakan kesemua wang ayahnya. Kasihan.

Thomas seperti yang ditemuramah BBC memaklumkan tidak menyangka anaknya akan berbuat demikian.

Advertisements

Nintendo walaubagaimanapun bersetuju untuk memulangkan kesemua wang yang digunakan anaknya akan tetapi pek-pek pemain yang dibeli akan hilang. Anak Thomas pasti sedih dengan hal ini namun baik buat Thomas dan keluarga yang hanya mempunyai wang setakat itu untuk hidup.

Featured Image Credit: PA / FIFA 19

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram