Seorang Lagi Pemain Malaysia Dikesan Beraksi Di Liga Singapura
MakanBola
Balestier Khalsa Women FC

Seorang lagi pemain wanita Malaysia dikesan beraksi dalam saingan Women’s Premier League (WPL) anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Sebelum ini, Harimau Abroad mendedahkan dua pemain iaitu Putri Alyiah Seow dan Alisa Wilkinson beraksi di Singapura.

Alyiah mewakili skuad wanita Lion City Sailors (LCS) dengan Alisa pula pernah mewakili Still Aerion. Kini, giliran Hannah Teo menyertai mereka.

Ini selepas Harimau Abroad mendedahkan pemain berusia 15 tahun itu kini beraksi untuk pasukan wanita Balestier Khalsa.

Kehadiran tiga pemain ini dijangka menambah pilihan pemain buat pengendali baharu skuad Malayan Tigress, Joel Cornelli.

Alyiah misalnya sudah merekodkan tujuh gol sejak diberi peluang beraksi dalam skuad utama wanita LCS. Beliau berkongsi status penjaring terbanyak dengan Raeka Ee dan Sarah Zu’risqha.