Advertisements
Seorang Pemain Tempatan Sertai JDT Dengan Status Berbeza
Transfer
MakanBola
Haziq/MakanBola

Seorang pemain tempatan difahamkan bakal menyertai juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun dengan status yang berbeza.

Menerusi satu kenyataan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ, baginda memberitahu mengenai perancangan beberapa pemain yang bakal memantapkan skuad Harimau Selatan.

JDT juga difahamkan akan mendapat khidmat seorang lagi pemain naturalisasi bagi memantapkan pasukan musim 2024/25.

Selain itu, JDT yang sudah pun mengumumkan ketibaan pemain import terbaru, Nicolao Cardoso dan juga kepulangan semula Fernando Forestieri menambah sengat dalam pasukan.

Bukan itu sahaja, menurut DYAM TMJ, pasukan selatan tanah air itu bakal membawa masuk seorang pemain tempatan namun dengan status berbeza.

Seorang pemain tempatan telah ditandatangani dan dipinjamkan bagi mendapatkan minit bermain. Lagi satu naturalisasi dalam skuad JDT. 40%,” ujar DYAM TMJ pada ruangan komen.

Identiti pemain yang dimaksudkan itu masiu belum diketahui tatkala masih tiada pengumuman rasmi oleh mana-mana pihak.

IMG 6904 Seorang Pemain Tempatan Sertai JDT Dengan Status Berbeza

JDT pada musim ini telah mengumumkan penguraan perbelanjaan sekitar 40 peratus termasuklah melepaskan beberapa pemain dan juga staf kejurulatihan.