Sepanyol Bawa Pulang Hadiah RM205 Juta
MakanBola
Seleccion Espanola

Sepanyol membawa pulang hadiah wang kemenangan berjumlah AS$50 juta (RM205 juta) sebagai juara Piala Dunia 2026.

Ini berdasarkan pengumuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Disember 2025 berhubung jumlah hadiah wang yang akan diterima semua pasukan yang bertanding termasuk juara.

FIFA memaklumkan badan induk itu telah meraih kutipan dana berjumlah AS$727 juta (RM3 bilion) sempena Piala Dunia 2026. Daripada jumlah itu, AS$655 juta (RM2.7 bilion) akan diagihkan sebagai hadiah wang kemenangan mengikut kedudukan akhir pasukan dalam kejohanan itu.

Sepanyol selaku juara dunia menerima AS$50 juta (RM205 juta). Argentina selaku naib juara pula terpaksa berpuas hati dengan hadiah AS$33 juta (RM135 juta).

England dan Perancis masing-masing menerima AS$29 juta (RM119 juta) dan AS$27 juta (RM110 juta) sebagai pasukan tempat ketiga dan tempat keempat.

Selain trofi dan hadiah kemenangan, Sepanyol juga menerima cincin pemenang daripada FIFA. Cincin pemenang merupakan tradisi sukan Amerika Syarikat dan diberi kepada pasukan setiap kali mereka bergelar juara.

30 daripadanya akan diberi kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan La Roja. 1,996 lagi cincin akan dijual kepada peminat bola sepak sebagai tanda cenderamata kejohanan berprestij itu.