Serangan Ribuan Belalang Tak Jejaskan Kesetiaan Penyokong Al-Nassr Kepada Ronaldo

Ronaldo Nassr 1 Serangan Ribuan Belalang Tak Jejaskan Kesetiaan Penyokong Al-Nassr Kepada Ronaldo
Al-Nassr & HM
Nik Faris @nikfalovic
3:01pm 11/02/2023

Perlawanan yang melibatkan Al-Nassr menentang Al-Wehda baru-baru ini digemparkan dengan serangan ribuan belalang dalam kawasan stadium.

Aksi penting tersebut menyaksikan bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 4 gol yang menyaksikan anak didik Rudi Garcia menang dengan keputusan 4-0.

Walau bagaimanapun, aksi tersebut difahamkan telah dihadiri oleh sokongan lebih ribuan belakang yang memenuhi tempat duduk di Stadium King Abdul Aziz.

Para penyokong tegar Ronaldo dilihat terus membiasakan diri dalam stadium demi melihat aksi bintang sensasi dunia itu yang akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-500 dalam liga sepanjang kariernya.

Ketika ini, bekas bintang Manchester United ini telah menjaringkan lima gol secara keseluruhan sejak berada di Arab Saudi.

Al-Nassr berjaya mengekalkan kedudukan tangga teratas liga dengan memungut 37 mata selepas 16 perlawanan.