Sergio Aguero Jelaskan Sebab Beliau Menolak Jersi Nombor 10 Dari Messi
Eropah
MakanBola
Instagram: @kunaguero
Advertisements

Bekas bintang Manchester City, Sergio Aguero baru-baru ini telah menolak peluang untuk menyarung jersi No. 10 di Barcelona kerana menghormati legenda kelab dan rakan karibnya iaitu Lionel Messi.

Pemain yang berusia 33 tahun itu mengubah haluan ke Barca dengan perpindahan percuma selepas kontraknya di Manchester City telah tamat.

Advertisements

Sergio Aguero tiba di Catalonia dengan harapan dapat beraksi bersama Messi di peringkat kelab buat pertama kalinya setelah sekian lama hanya bergandingan bagi mewakili Argentina.

Sungguhpun begitu, kemelut masalah kewangan Barcelona memaksa Messi untuk meninggalkan kelab dan tidak dapat menandatangani kontrak baru di Camp Nou menyebabkan beliau pindah ke kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Advertisements

Ini bermakna jersi No. 10 tersedia untuk pemain-pemain lain di kelab namun peminat beranggapan ianya bakal diberikan kepada Sergio Aguero dan Philippe Coutinho setelah ada antara pemain Barca yang dilaporkan ditawarkan nombor lama Messi itu.

Aguero menganggap jika beliau mengambil No. 10 itu sebagai satu tindakan “tidak menghormati” rakan senegaranya yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah kelab itu.

Advertisements

Baru baru ini, beliau menjelaskan keputusannya di laman penstriman twitch. Beliau memberitahu rakan Twitch beliau iaitu Ibai Llanos berhubung situasi tersebut.

“Mengapa menolak memakai baju nombor 10 di Barcelona? Bukanlah itu yang saya tidak mahu, tetapi itu tidak menghormati Messi.”

Advertisements

Bintang muda berusia 18 tahun, Ansu Fati adalah pemain yang telah diberi kepercayaan oleh kelab bagi menyarung jersi nombor 10  itu selepas Aguero bersetuju untuk mengambil No. 19. 

Sementara itu, Messi ditawarkan jersi No. 10 di PSG oleh Neymar, akan tetapi beliau memilih untuk memakai No. 30 sempena nombor pertamanya di Barcelona suatu ketika dahulu.

Advertisements

Aguero belum membuat penampilan bersama Barca setelah mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan dan akan dijadualkan kembali pada bulan Oktober.

News Comments Account