Sergio Ramos Terima Dua Kad Merah
La Liga
Sevilla FC
Advertisements

Bek tengah veteran Sepanyol, Sergio Ramos bernasib malang apabila menerima dua kad merah dalam perlawanan Sevilla menentang Real Sociedad pada 26 November lalu.

Akhbar AS melaporkan bekas bek tengah Real Madrid itu mengutip kad kuning kedua pada minit ke-87 selepas menerjah keras Brais Mendez.

Begitupun, Ramos meminta pengadil menyemak semula insiden berkenaan dengan VAR atas alasan terjahan yang dibuat beliau tidaklah seteruk seperti disangka.

Advertisements

Apabila insiden terjahan itu disemak oleh VAR, kad kuning yang diterima beliau sebelumnya dibatalkan. Sebaliknya, Ramos dilayangkan terus kad merah oleh pengadil.

Kad merah tersebut merupakan kad merah ke-29 yang diterima bekas bek tengah PSG itu dalam karier bola sepaknya.

Tidak lama selepas itu, rakan sepasukan Jesus Navas turut menerima nasib sama pada minit ke-88. Sevilla tewas kepada Sociedad 2-1 pada hari itu.

Advertisements

Justeru, dari segi teknikal, Ramos menerima dua kad merah oleh pengadil – satu fakta yang buat peminat bola sepak tidak percaya di media sosial.

Dengan kad merah tersebut, beliau turut mencipta sejarah sebagai pemain paling banyak menerima kad merah dalam lima liga teratas Eropah sejak tahun 2000 seperti didedahkan CBS Sports Golazo.

Rekod 29 kad merah itu jauh mengatasi bekas bek tengah Perancis, Philippe Mexes dan bekas pemain tengah Itali, Thiago Motta yang masing-masing berkongsi 16 kad merah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram