Sergio Ramos Terpaksa Bersara
Eropah
FIFA World Cup
Advertisements

Selepas terlepas peluang menyertai Piala Dunia 2022, bek tengah veteran Sepanyol Sergio Ramos menyangka dapat beraksi semula bersama La Roja. Bagaimanapun, selepas berbincang dengan jurulatih Luis de la Fuente, bekas bek tengah Real Madrid itu mengumumkan persaraannya hari ini.

Persaraan bek tengah PSG itu didorong oleh pemberitahuan de la Fuente bahawa dia tidak lagi sebahagian daripada perancangan pasukan kebangsaan Sepanyol. Ramos mencipta rekod sebagai pemain paling banyak penampilan bersama La Roja dengan 180 penampilan.

Kali terakhir pemain pertahanan tengah itu membuat penampilan bersama Sepanyol ialah pada Mac lepas. Dalam surat terbukanya di laman media sosial, Ramos mengakui ia satu keputusan sukar tetapi terpaksa dibuat selepas mendengar penerangan de la Fuente.

Advertisements

“Masanya sudah tiba, masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan, Roja yang dikasihi dan mengujakan kami.

“Pagi ini saya menerima panggilan daripada jurulatih sekarang yang memberitahu saya bahawa dia tidak akan bergantung kepada saya, tidak kira apa yang boleh saya tunjukkan atau bagaimana saya meneruskan kerjaya saya.

“Dengan penuh kesedihan, ia adalah pengakhiran perjalanan yang saya harapkan akan lebih panjang dan berakhir dengan rasa lebih baik pada kemuncak semua kejayaan yang kami capai dengan Roja kami,” katanya.

Advertisements

Dengan pengumuman ini, Ramos boleh memfokuskan karier permainannya bersama PSG. Bagaimanapun, kontraknya bersama kelab gergasi Perancis itu bakal berakhir pada akhir musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram