Shah Alam City Dijangka Ganti PJ City Di Liga Super
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Sebuah pasukan yang dikenali sebagai Shah Alam City berkemungkinan akan mengambil alih tempat PJ City dalam saingan Liga Super 2023.

Kelab yang berpangkalan di Shah Alam ini difahamkan akan dikendalikan oleh bekas pemain Selangor yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Malaysia.

Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, beliau menjelaskan bahawa masih tiada sebarang permohonan untuk mengambil alih Pj City dilakukan buat masa sekarang.

Advertisements

“MFL masih belum meluluskan sebarang pengambilalihan setakat ini.”

“PJ City ada memaklumkan kepada anda tentang rundingan mereka dengan bakal pembida,” ujarnya kepada Flash Sukan.

Sebelum ini, Presiden kelab The Phoenix, Datuk Seri Subahan Kamal ada memberitahu bahawa pihaknya terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang terbuka untuk mengambil alih kelab tersebut.

Advertisements

Namun begitu, kelab ada meletakkan beberpaa syarat kepada pemilik baharu termasuklah mengekalkan identiti kelab dengan mengguna pakai nama sedia ada.

PJ City kekal menjadi satu-satunya kelab yang menggunakan khidmat pemain lokal sepenuhnya untuk bersaing di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram