Dunia
Selangor FC
Advertisements

Penyerang pasukan Selangor FC, Shahrel Fikri dilihat sudah mula diturunkan oleh pasukannya dalam usaha untuk membantu pemain tersebut kembali ke prestasi sebenarnya.

Shahrel yang sebelum ini telah disahkan mengalami kecederaan retak tulang pergelangan kaki telah memaksanya untuk diketepikan hampir separuh musim sekaligus menyebabkan kelibat pemain yang mesra disapa ‘Eky’ tidak lagi kelihatan.

Namun begitu, pemain berusia 26 tahun itu dilihat sudah mula beraksi apabila beliau diturunkan dalam satu aksi persahabatan menentang PDRM FC yang berlangsung beberapa hari yang lalu.

Advertisements

Shahrel juga tidak dapat menahan perasaan gembiranya setelah menanti sejak sekian lama untuk kembali beraksi.

Dalam satu hantaran di Instagram Story milik beliau, Eky memuat naik satu klip yang menunjukkan sedutan aksi beliau ketika perlawanan tersebut.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau sangat gembira kerana dapat kembali beraksi dan membantu pasukan.

Advertisements

‘Gembira untuk kembali beraksi,’-Jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Eky ada menyatakan bahawa beliau betul-betul fokus dalam menjalani pemulihan bersama fisioterapi pasukan, Helber Richard merupakan seorang Fisioterapi Selangor FC yang terlibat dalam proses pemulihan beliau.

Helber juga ada berkongsi tentang perubahan pada pemain tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini di laman Instagram rasminya.

Advertisements

Kini, dengan saingan Piala Malaysia masih berlangsung, ia pastinya menjadi medan terbaik buat pemain ini untuk terus memberikan aksi yang terbaik bagi merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram