Shahrel Fikri Punyai Naluri Penyerang Berbisa Namun Nasib Tidak Menyebelahinya
Blog
Selangor FC
Advertisements

Seorang penyerang memang sangat sinonim dengan jaringan gol. Namun kadangkala perkara itu tidak terjadi dalam setiap perlawanan. Itulah yang berlaku buat penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri.

Perlawanan menentang Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan Shahrel Fikri membentuk trio serangan bersama Herlison Caion dan Hyuri Henrique.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, namun kelibat Shahrel ternyata membantu serangan Selangor. Beliau mempunyai dua peluang keemasan yang sedikit tersasar.

Advertisements

Selain itu, pernyerang berusia 27 tahun ini berjaya mendapatkan penalti buat pasukan Selangor selepas berjaya melakukan acahan terhadap pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon. Penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh Caion.

Shahrel juga dilihat sangat selesa dengan bola dan mempunyai kelajuan yang baik sebagai seorang penyerang. Kelibat beliau juga sentiasa berada di tempat yang tepat dan masa yang tepat. Hanya penyudah beliau sahaja yang menjadi penghalang.

Nama Shahrel Fikri disebut-sebut sebagai penyerang yang sesuai dengan taktikal Pan-gon dan mampu membina gandingan serangan yang baik bersama Syafiq Ahmad yang kini beraksi untuk Kedah Darul Aman FC. Selain Shahrel, nama Darren Lok dan Nurshamil Abd Ghani juga disebut-sebut untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyerang Harimau Malaya.

Advertisements

Diharapkan Shahrel akan terus diberikan peluang bermain dan berjaya menjaringkan gol. Shahrel sudah tentu kini dalam proses untuk meyakinkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam usaha beliau untuk beraksi di Kelayakan Piala Asia pada Jun nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram