Dunia
selangorfc
Advertisements

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri melaungkan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya Halim Shaari yang kini sedang dalam fasa pemulihan daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). 

Penyerang berusia 27 tahun itu mengatakan kepada rakannya itu untuk terus berfikiran positif tentang apa yang berlaku dalam kehidupan dan jangan lupa untuk terus senyum. Beliau juga mendoakan semuanya (proses pemulihan) akan berjalan dengan baik. 

“Tahun baru, cabaran baru sahabat. Kamu perlu sentiasa ingat untuk terus senyum dan sentiasa bersikap positif tentang kehidupan. Semuanya akan berjalan dengan baik.”  

Advertisements
shahrel fikri story Shahrel Laung Semangat Pada Halim Saari. Tahun Baru, Cabaran Baru

Menurut laman rasmi Selangor, Halim Saari kini sudah memasuki fasa kedua pemulihan ACL sejak bulan Jun yang lalu. Pemain tengah berusia 26 tahun itu dijangka bakal pulih sepenuhnya pada penghujung tahun ini. 

Untuk rekod, ini merupakan kecederaan ACL kali kedua buat anak jati Kedah ini. Sebelum ini pada tahun 2017 ketika mana beliau bersama pasukan Kedah FA. 

Ketiadaan beliau dalam merencana jentera tengah Selangor musim sedikit sebanyak merencatkan corak permainan Selangor. Semoga Halim Saari dapat kembali pulih sepenuhnya untuk kembali beraksi bersama pasukan Selangor musim hadapan. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram