Shahril Mokhtar: Muka Baharu & Ahli Korporat Perlu Terajui FAM
MakanBola
FAS/FAM

Bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar menyarankan muka baharu perlu diberi peluang menerajui badan induk itu.

Pandangan itu dibuat beliau apabila ditanya tentang pemilihan barisan kepimpinan baharu FAM.

Shahril melihat ini masa sesuai untuk badan induk bola sepak negara itu diterajui muka-muka baharu terutama ahli korporat.

Ini kerana kehadiran muka baharu dilihat dapat melaksanakan pembaharuan dalam FAM sekaligus dapat mengembalikan semula imej bola sepak negara.

“Tapi yang pasti, satu pendapat peribadi saya ialah perubahan besar-besaran perlu berlaku. Kalau kita nak betul-betul ada perubahan ke arah bola sepak yang lebih baik untuk negara, muka-muka baru atau ahli-ahli korporat harus bertanding.

“Insya Allah, (kehadiran muka-muka baharu akan) membawa bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya seperti dilaporkan Nadi Arena.

Shahril ditemui selepas majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Selangor FC, Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kembali ke FAM jika dicalonkan oleh ahli-ahli gabungan badan induk itu.

Pada masa sama, Shahril memaklumkan beliau hanya mahu berkhidmat selama sepenggal sebelum memberi laluan kepada muka baru.

Claim Money Packet TnG