Shahrom Kalam Akui Malaysia Merindui Kelibat Pemain ‘Nombor 6’ Dalam Pasukan
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrom Kalam menjelaskan bahawa skuad negara pastinya menagih kelibat pemain yang mampu menggalas tugas sebagai pemain tengah bertahan apabila pasukan negara bakal turun berdepan pasukan Kemboja bagi saingan kumpulan B hari ini.

Beliau yang menjadi sebahagian daripada skuad Piala AFF pada tahun 2016 turut berdepan pasukan sama ketika itu mengakui telah berlakunya perubahan yang cukup besar terutamanya dari segi corak permainan yang menyebabkan mereka tidak boleh dipandang rendah.

’Kemboja yang dulu tidak sama dengan sekarang. Kini mereka memulakan perlawanan dari bawah dengan keyakinan yang cukup tinggi selain kualiti pemain yang dimiliki seperti Chan Vatanakha dan beberapa pemain lagi.’

Advertisements

’Kehilangan beberapa pemain termasuklah dua pemain yang terbaru pastinya mengganggu gugat perancangan buat pasukan.’

Bukan itu sahaja, bekas pertahanan Selangor FC ini juga menegaskan, kehadiran hanya dua pemain tengah tulen dalam skuad ketika ini iaitu Baddrol Bakhtiar dan juga Mukhairi Ajmal memberi pilihan yang cukup terhad pada posisi tersebut.

Sungguhpun pemain seperti Junior Eldstal mampu untuk beraksi di posisi pemain tengah bertahan jika diperlukan, namun beliau percaya kudrat dan pengalaman Baddrol boleh dimanfaatkan sebaik mungkin pada aksi pembukaan ini.

Advertisements

’Jika kita lihat dalam pasukan kita akan ada masalah di sini (posisi nombor 6) namun mengenali coach (Tan Cheng Hoe) dan juga seteru utama saya iaitu Kedah, saya pernah melihat Baddrol beraksi di sini (tengah bertahan),’-Jelasnya kepada Astro Arena.

Baddrol dilihat sebagai seorang pemain yang memiliki kemampuan untuk membantu bahagian serangan selain mempunyai kebolehan untuk mencari bola di belakang pemain pertahanan.

Malaysia bakal turun beraksi pada jam 5.30 petang waktu tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram