Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Kelibat pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT),Shahrul Saad terus menjadi tunjang utama buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cuup cemerlang malam semalam.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan sekali lagi dalam kesebelsan utama pasukan untuk bergandingan bersama Matthiew Davies dan juga Shane Lowry.

Advertisements

Beliau kelihatan amat serasi dan selesa untuk memainkan peranan dalam sistem yang dicaturkan oleh pengendali, Benjamin Mora apabila menampilkan kekebalan mengekang asakan daripada pasukan Ulsan Hyundai.

Advertisements

Advertisements

Malah, keyakinan dan semangat juang yang tinggi ditampilkan oleh bekas pertahanan Perak FC ini membuatkan pasukan kendalian Hong Myung-bo ‘mati kutu’ untuk menembusi blok JDT.

Bukan itu sahaja, Shahrul juga beberapa kali menang perebutan di udara selain berjaya melakukan halangan-halangan penting untuk menghalang rembatan pemain lawan terutamanya penyerang, Leonardo.

Advertisements

Sungguhpun pasukan dari Korea itu berjaya menembusi gawang JDT pada minit ke-52 menerusi Um Wong-sang, ia masih tidak cukup untuk menghadiahkan 3 mata buat mereka.

Beliau yang beraksi buat kali kedua dalam pentas ACL ini semakin mendapat keyakinan selepas turut beraksi ketika mengatasi Guangzhou FC dengan keputusan 5-0.

Advertisements

JDT kini masih tidak tewas dalam dua perlawanan awal sebelum menanti cabaran yang bakal dibawa oleh Kawasaki Frontale Khamis ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram