Sharbinee Allawee Digantung 5 Perlawanan Dan Didenda RM7000
Dunia
Instagram: @sharbineeallawee25
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 18 Sept – Bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee telah dijatuhkan hukuman, digantung 5 perlawanan dan didenda RM 7000.

Menurut sumber daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan hukuman ini berikutan insiden yang berlaku pada 10 September lalu ketika Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC.

Dalam perlawanan tempoh hari, Sharbinee Allawee telah dilayangkan kad merah pada minit ke-66 permainan kerana didakwa mengangkat kaki terlalu tinggi ketika cuba menangkap bola.

Advertisements

Layangan kad merah itu sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Negeri Sembilan FC namun gagal disempurnakan penyerang The Jangs, Francis Kone. 

Sharbinee Allawee yang tampak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah menolak pengadil keempat perlawanan ketika menuju keluar dari padang. Pemain yang berusia 34 tahun ini turut menumbuk papan gantian pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC tempoh hari.

Perlawanan di Stadium KLFA Cheras itu berakhir dengan insiden pergaduhan antara pemain, pegawai dan jurulatih. Ada pihak turut mendakwa bahawa terdapat kekasaran berlaku sehingga kening pemain Sarawak United koyak.

Advertisements

Keputusan pada perlawanan malam tersebut berakhir dengan kemenangan buat Negeri Sembilan FC, 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram