Shebby: Tengok Macam Mana Yang Dilakukan Thailand, Indonesia dan Singapura
Dunia
Getty
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh, beliau akui tidak terkejut dengan kegagalan skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF edisi kali ini. Persiapan skuad Harimau Malaya yang jelas dilihat agak kelam-kabut antara perkara pertama sesebuah pasukan itu gagal.

“Sebenarnya kegagalan Malaysia ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan jika dilihat daripada persiapan mereka sebelum kejohanan Piala AFF bermula,”

Tambah Shebby, beliau berpendapat bahawa barisan kejurulatihan perlu diperbaharui. Baginya, negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura sudah mengorak langkah kehadapan dengan kehadiran jurulatih luar negara yang sangat berkualiti.

Advertisements

Dalam pada itu, bekas pengendali pasukan ‘MyTeam’ ini menyatakan bahawa Malaysia masih ditakuk lama kerana masih mengharapkan jurulatih tempatan. Beliau berpendapat jurulatih pasukan Vietnam dan Thailand bijak apabila bermula dengan mengendali pemain bawah usia 23 tahun.

Dengan bermula menaruh kepercayaan pemain usia 23 tahun, dua pasukan tersebut berjaya membentuk sebuah pasukan yang mempunyai persehafahaman yang baik antara pemain. Hal itu bakal memberi kesan positif terhadapan corak permainan pada masa hadapan.

“Dengan apa yang terjadi kepada pasukan negara ketika ini, saya rasa kita perlu barisan kejurulatihan baharu. Kita kena pandang ke luar sebab sudah terlalu lama berada di dalam.

Advertisements

“Tengok macam mana yang dilakukan Vietnam, Indonesia, Thailand dan Singapura yang berjaya melangkah ke separuh akhir. Kalau kita masih mengharap kepada tempatan jadi kita juga masih akan berada ditakuk lama,” ujarnya.

“Kalau kita lihat, Vietnam di bawah kendalian Park Hang-seo bermula dengan pemain bawah usia 23 tahun. Begitu juga dengan Thailand ketika dibimbing Kiatisuk Senamuang,” kata Shebby kepada Sinar Harian.

Bagi Shebby, FAM perlu bertindak sesuatu bagi menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia di mata Asia. Pelbagai perkara yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram