Advertisement
Shin Tae-yong Ada Sebab Enggan Bersalaman Dengan Park Hang-seo
Dunia
MakanBola
VFF / PSSI

Pengendali pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo ternyata punyai sebab tersendiri mengapa beliau mengelak untuk berjabat tangan dengan rakan sejawatnya yang membimbing skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong.

Kedua-dua pengendali dari Korea Selatan itu dilihat mengelak untuk berjabat tangan selepas tamatnya perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Indonesia dan Vietnam tempoh hari yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Shin Tae-yong telah ditanyakan mengenai isu berkenaan oleh para media selepas tamat perlawanan dan beliau mahu pihak media bertanyakan sendiri kepada Park Hang-seo.

“Tanya saja kepadanya (Park Hang-seo),” kata Shin Tae-yong kepada pihak media.

Shin Tae-yong menjelaskan terdapat masalah di antara beliau dan Park Hang-seo. Oleh disebabkan itu, kedua-dua mereka tidak berjabat tangan selepas tamat perlawanan tempoh hari.

“Sebenarnya ini adalah hal peribadi. Kenapa anda tanyakan soalan itu di sini? Ya ada beberapa masalah di antara kami,” jelas jurulatih berusia 65 tahun tersebut.

Indonesia akan berdepan Vietnam dalam aksi separuh akhir kedua malam ini. Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium My Dinh, Hanoi. Pemenang separuh akhir ini akan berdepan sama ada Thailand ataupun Malaysia yang akan menghitung kekuatan pada aksi separuh akhir kedua esok.