Pertembungan akhir pertama Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura jelas memihak kepada Thailand dengan kemenangan mutlak buat pasukan bimbingan Alexandré Pölking dengan kemenangan 0-4.
Timnas Indonesia dilihat sukar untuk bangkit dalam perlawanan akhir timbal balik yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini 1 Januari 2022 dengan 4 defisit gol namun ketua jurulatih Timnas, Shin Tae-yong masih percaya dengan kebolehan skuad bimbingannya.
“Saya tidak jangka pasukan saya akan tewas dengan jaringan besar seperti ini tetapi saya merasakan pasukan saya kekurangan pengalaman.
“Kalau dilihat keputusan perlawanan pertama, ianya agak mustahil, akan tetapi bola itu masih bulat,” jelas Shin Tae-yong semasa sesi sidang media.
Sementara itu ketua jurulatih Thailand dari , Alexandré Pölking masih tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan menuntut komitmen penuh skuad bimbingannya.
“Saya tidak fikir perlawanan ini sudah selesai.
“Kita pernah melihat pasukan terbaik dunia dalam saingan Liga Juara-juara UEFA tewas selepas berkelebihan 4-0,” jelas Polking semasa sesi sidang media.