Shin Tae-Yong Anggap Dion Cools Sebagai Seorang Yang Tiada Stamina
Dunia
Bola.com
Advertisements

Pasukan Indonesia menjadi Juara Kumpulan B selepas berjaya menundukkan Malaysia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekaligus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Jurulatih pasukan Indonesia, Shin Tae-Yong menyifatkan bahawa pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools merupakan antara seorang pemain yang tiada stamina ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa stamina Dion Cools mampu bertahan selama 30 minit sahaja.

Hal ini kerana Dion Cools baru sahaja tiba dari Eropah selepas membantu kelabnya, FC Midtjylland dalam saingan UEFA Europe League. Ia sekaligus Shin Tae-Yong dapat mengenal pasti kelemahan tersebut dimana Dion pasti keletihan disebabkan tiada rehat yang cukup untuk beliau bersedia dalam perlawanan itu.

Advertisements

“Nombor dua (Dion Cools) baru sampai, dia mudah penat. Bermain selama 30 minit stamina pasti habis. Penat sendiri,” kata Jeong Seok-so kepada Bola.com.

Mengulas lanjut, strategi yang diterapkan oleh jurulatih Indonesia itu dilihat menjadi apabila permainan secara aggresif dilakukan sehingga menyebabkan pemain pasukan Malaysia keletihan letih selepas 30 minit permainan berlangsung.

Dalam pada itu, jurulatih berasal Korea Selatan itu juga ada menyatakan bahawa ada dua pemain Malaysia yang tiada kelajuan antaranya ialah Baddrol Bakthiar dan Junior Eldstal. Dua pemain ini antara pemain yang mudah untuk dilepasi barisan penyerang Indonesia.

Advertisements

“Nombor lima dan lapan tiada kelajuan. Gelecek sekali, tolak sekali, lari pecut, pasti habis,” katanya.

Pasukan Indonesia akan bertemu pasukan Tuan Rumah iaitu Singapura bagi peringkat pusingan separuh akhir. Perlawanan separuh akhir akan ada timbal balik dan dikatakan pengiraan jaringan gol lawan akan dimansuhkan serta merta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram