Shin Tae-yong Bagi Amaran Keras Kepada Pemain Indonesia Yang ‘Lupa Diri’
Dunia
PSSI
Advertisements

Sejurus tamat perlawanan separuh akhir ke-2 di antara pasukan Indonesia dan Singapura, ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong ternyata berang dengan tindakan pemainnya yang melakukan provokasi.

Beliau ternyata tidak selesa dengan tindakan pemain Indonesia yang beraksi di Liga Korea, Asnawi Mangkualam melakukan provokasi kepada Faris Ramli yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.

“Jika hal seperti ini berlaku lagi semasa saya masih lagi seorang jurulatih (di sini), jangan pernah berfikir untuk menyertai pasukan kebangsaan Indonesia.”

Advertisements

“Ianya sukar untuk diterima untuk meraikan gol terhadap pihak lawan yang sedang dalam kesedihan.” Jelas Shion Tae-yong seperti yang dilaporkan portal Korea, The JoongAng.

Menurutnya, beliau tidak dapat melihat provokasi tersebut semasa perlawanan masih berlangsung namun menyederainya selepas melihat kembali video ulang tayang selepas perlawanan.

Timnas Indonesia bakal bertemu Thailand pada Rabu ini untuk aksi perlawanan akhir Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram