Shin Tae-yong Mahu Pemain Indonesia Beraksi di Liga Jepun & Korea
Dunia
Instagram @shintaeyong7777
Advertisements

Disebalik kekalahan memalukan dalam aksi pertama perlawanan akhir Piala AFF 2020, pengendali Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dan Persatuan Sepak Bola Indonesia tampak berpuas hati dengan perkembangan skuad kebangsaan Indonesia.

Pemain muda Indonesia kelihatan semakin serasi dengan corak permainan pantas selain semakin matang dalam setiap perlawanan sejak digandingkan bersama beberapa bulan sebelum kelayakan Piala Dunia di UAE sebelum ini.

Sementara itu, Shin Tae-yong tidak mahu menoleh kebekang lagi malah menggesa pemain Indonesia berkelana di negara yang bola sepaknya lebih maju seperti Jepun dan Korea.

Advertisements

“Saya berharap para pemain Indonesia dapat bermain di luar negara, di Liga Jepun, Liga Korea Selatan mahupun Eropah.

“Jadi dengan itu mereka mampu belajar budaya bola sepak di negara maju. Dengan itu, akan terdapat perkembangan positif buat bola sepak Indonesia.” Jelas Shin Tae-yong seperti dilaporkan Bola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram