Shin Tae-yong Salahkan Pengadil
Dunia
AP Photo
Advertisements

Jurulatih pasukan bawah 23 tahun Indonesia, Shin Tae-yong menganggap pengadil menjadi punca kekalahan yang menimpa pasukannya ketika kekalahan memalukan ke atas pasukan Vietnam dengan keputusan 3-0.

Pengendali itu melihat bahawa 3 kesalahan dalam membuat keputusan besar sekaligus telah memberi kesan kepada perlawanan semalam.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Korea itu menegaskan, terdapat 3 situasi ofsaid yang berlaku ketika pasukan Vietnam melakukan serangan sungguhpun beliau sudah menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Advertisements

‘Saya tidak mahu bercakap banyak kerana kami kalah 3-0’

’Tapi saya perlu tekankan yang terdapat tiga keputusan yang salah oleh pengadil kerana ofsaid namun pengadil mendiamkan saja.’

Tae-yong melihat ini telah menjejaskan rentak dan semangat juang anak buahnya sekaligus memaksa mereka tewas.

Advertisements

Sambil itu, beliau turut melihat banyak kelebihan yang dimiliki oleh pasukan Vietnam yang bermain di tempat sendiri selain mempunyai peluang untuk berlatih di tempat yang jauh lebih bagus berbanding mereka.

Walau bagaimanapun, pengedali berusia 51 tahun itu tidak mahu menjadikannya alasan sebaliknya mahu terus fokus memperbaiki pasukan menjelang perlawanan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram