Shopee Cup: Buriram United Hampiri Final, Tumpaskan BG Pathum
MakanBola
BG Pathum United FC
Sponsors

Buriram United berjaya menumpaskan BG Pathum dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup pada Khamis.

Kedua-dua kelab dari Thailand ini turun dalam aksi ini dengan BG Pathum hadir selaku juara kumpulan A manakala Buriram United pula sekadar menamatkan aksi kumpulan B di tempat kedua.

Ad

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools sekali lagi jadi pilihan di bek kanan Buriram United manakala kesebelasan utama BG Pathum diketuai oleh perancang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin.

Ad

Walaupun pelawat tampak lebih kerap mengawal aksi, namun Buriram United terlebih dahulu di hadapan apabila percubaan Supachai Chaided mengenai bek BG Pathum sebelum masuk ke gawang.

Ad

Sepakan kencang oleh penyerang Thailand itu tanpa sengaja terkena kaki pertahanan BG Pathum, Nika Sandokhadze dan berjaya menewaskan penjaga gol, Saranon Anuin pada minit ke-24.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Buriram United 1-0 BG Pathum.

Ad

Kecuaian penjaga gol Buriram, Chatchai Budprom yang gagal menangkap kemas sepakan sudut BG Pathum telah dihukum dengan satu tandukan mudah oleh Ilhan Fandi di awal babak kedua.

Gol penyamaan BG Pathum di minit ke-55 itu hanya bertahan selama 4 minit sebelum tuan rumah kembali mendahului aksi hasil percubaan jarak dekat Pansa Hemviboon berpunca dari sepakan sudut.

Ketika aksi memasuki minit ke-74, giliran Guilherme Bissoli mengukir nama selaku penjaring gol buat Buriram menerusi satu rembatan jarak jauh yang menewaskan Saranon Anuin.

Aksi di Stadium Buriram City berakhir dengan keputusan 3-1 memihak tuan rumah.

Keputusan ini memberikan kelebihan untuk Buriram United menjelang aksi timbal balik kedua pada 30 April hadapan di gelanggang BG Pathum United untuk menentukan pasukan ke final.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments