Shukor Adan Dan Hafizal Hamad Bakal Bergandingan Kemudi Siaran Piala AFF Di Astro Arena
Dunia
Felda United
Advertisements

Dalam satu siaran live di Instagram @hafizalhamad semalam, pengacara dan pengulas terkenal tempatan, Hafizal Hamad memaklumkan bahawa Astro Arena akan membawakan berita terkini dan siaran secara langsung untuk kempen Piala AFF Suzuki 2020.

Menurut Hafizal, beliau bakal bergandingan bersama lagenda bola sepak tanah air, Shukor Adan sebagai pundit. Tambahnya lagi, Astro Arena turut akan menjemput beberapa bekas pemain Harimau Malaya untuk merancakkan lagi kehangatan suasana Piala AFF.

Antara nama-nama lain yang bakal menjadi tetamu khas ialah Razman Roslan, Zaquan Adha dan Indra Putra. Hafizal juga menjelaskan beliau sedang merangkakan sesuatu khas buat peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya bersinar di Piala AFF.

Advertisements

“Saya bawakan khas untuk anda, pemain-pemain lagenda negara. Sabar dan tunggu, ada sesuatu yang saya rangkakan”, kata Hafizal

Pasukan negara akan memulakan aksi pertama Piala AFF Suzuki 2020 bertemu Kemboja pada Isnin depan jam 5.30 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram