Shukor Adan: Saya Anggap Irfan Bakti Macam Ayah, Orang Yang Paling Saya Hormati Dalam Bola Sepak
Dunia
Osman Adnan/NSTP
Advertisements

Dalam satu sesi sembang santai secara live di Instagram @hafizal_hamad, pemain yang baru mengumumkan persaraan, Shukor Adan menjelaskan bahawa dirinya amat menghormati sosok tubuh individu bernama Irfan Bakti.

Ketika ditanya tentang nama-nama jurulatih sepanjang kariernya, Shukor menyatakan bahawa Irfan Bakti ialah orang yang berjaya menaikkan namanya suatu ketika dahulu.

“Saya datang dari satu kelab biasa-biasa di Melaka. Tapi momen yang saya tak boleh lupakan, bakat saya tak dihargai ketika disana. Kelab Persibu yang naikkan saya ketika saya main Presiden Melaka 1997 namun tak dibayar gaji. Dan waktu itu, coach Irfan lah yang bawa keluar saya dari Melaka.”

Advertisements

Shukor amat menghormati dan menyegani kredibiliti yang dimiliki Irfan Bakti. Irfan Bakti merupakan individu yang banyak berkait rapat dengan dirinya ketika memajukan karier sebagai seorang pemain bola sepak professional.

“Orang yang paling saya hormati coach Irfan. Selepas itu, coach Dollah, Sathianathan, coach Wan Jamak, coach Zainal dan lain-lain. Coach Irfan adalah orang yang banyak berkait rapat dalam majukan saya.”

Lagenda yang berusia 42 tahun ini turut menganggap Irfan Bakti sebagai bapak dalam bola sepak. Dollah Salleh pula sebagai abang, Sathianathan sebagai abang tiri dan Haji Rahman sebagai Atuk sepanjang 24 tahun kariernya dalam bola sepak.

Advertisements

“Ada empat orang yang paling saya hormat dan sayang. Saya anggap macam bapak, itu Irfan Bakti. Abang, Dollah Salleh manakala abang tiri ialah Sathianathan. Tak lupa juga, Haji Rahman yang saya anggap sebagai atuk sepanjang karier saya bermain bola sepak,” tambah Shukor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram